Make your own free website on Tripod.com

 

  

Pemilihan sut
Tips Bergaya
Tips bagi Wanita
 

 

 
 
Style.com
Laman Utama
Moden
Tradisional
Maklumbalas
Kontemporari

Pemilihan warna sut

Jika sebaliknya,tapi inginkan mutu yang tidak kurang bagusnya, anda boleh memilih alternative lain seperti menggunakan kepakaran pereka tempatan seperti Sonny San, Bernard Chandran, Micheal Ong, Edmund Ser misalnya. Mereka mampu menghasilkan sut yang tidak kurang hebatnyapada harga yang lebih murah.

 Jangka hayat
Berapa lamakah jangka hayat sepasang sut? Ia bergantung kepada potongan, perhiasan, kolar, lapel, butang yang digunakan, corak dan fabric (mengikut trend atau konservatif) , sehelai sut mungkin boleh nampak ketinggalan zaman diantara 18 bulan ke tiga tahun. Begitu juga jika anda kerap menggunakannya, tidakkah berbaloi sekiranya anda melabur pada satu sut yang berkualiti tetapi mahal dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

Kesesuaian
Gaya kesesuaian bergantung kepada kerjaya dan aktiviti kerjaya anda. Bagi kerjaya dalam dunia kreatif, ia memberikan ruang untuk berkreatif dalam pemakaian berbanding dengan kerjaya yang melibatkan pegawai pentadbiran ataupun yang berjawatan tinggi.

 

Tips berpakaian untuk lelaki | Tips berpakaian untuk wanita |
 

 
   

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

Penggayaan Tudung

 
 

Tips Berpakaian

 
 

Petua

 
 

Ingin bergaya dengan pakaian pejabat? Mari kita dapatkan tip terlebih dahulu. Mungkin ia berguna dan dapat membantu anda menyerlahkan penampilan.

 

Info

Memilih skirt dan warna
Jika anda agak rendah, paling sesuai adalh memilih skirt paras lutut. Elakkan daripada memakai skirtyang terlalu pendek dan ketat kerana kai yang pendek menghodohkan penampilan. Jadi, pilih skirt yang agak longgar dan tidak terlalu ketat. Ia sesuai bagi mereka yang berpeha besar

Skirt labuh hingga ke buku lali juga amat sesuai. Tapi jagan terlalu ketat . untuk menyerlahkan gaya andapakai kain yang lembut misalnya kain cita, polister dan gergeot. Fabrik ini mampu menampakkan kelembutan sebenar diri anda. Skirt kedut dan berlisu amat sesuai bagi mereka yang bertubuh rendah dan kurus.
Anda harus berani bermain dengan warna yang menonjol dan tidak kelihatan tenggelam pada skirt anda. Cuba padankan warna-warna yang menarik.

 

Blaus
Pilih blaus yang berwarna lembut dan pastel. Warna-warna ini amat sesuai kerna ia membuatkan diri anda dan orang yang memandang selesa. Elakkan memilih warna terang serti jingga, merah jambu dan hijau serindit kerana ia boleh mencacatkan penampilan anda

Jaket
Pilih kot yang bertindih leb ardan dikancing dua butang (double breasted) untuk majlis formal, temujanji atau mesyuarat. Boleh juga memilih kot yang mempunyai sebaris kancing (single breasted). Sesuai untuk urusan di pejabat.
Pada yang berpunggung besar, pastikan anda memilih kot yang labuh hinggan ke paras punggung. Manakala yang berpunggung kecil gayakan kot yang agak tinggi sedikit. Bila memilih kot pastikan pelapik bahu kot anda kelihatan semulajadi dan sesuai dengan ukuran bahu anda.

Kasut
Pilih kasut yang bertutup di depan dan belakang. Ia nampak lebih sopan sewaktu berada di pejabat.  Sekurang-kurangnya ia membantu menutup kekurangan pada kaki anda. Guna sarung kaki sama ada mengikut warna kulit atau sebaliknya. Ia bergantung pada selera anda. Jika tidak ingin bersarung kaki, pastikan kaki anda bersih daripada sebarang cela.

 
 

 

 

 

Seperti membeli sebentuk cincin berlian , sepasang sut bukan sahaja membuatkan penamilan anda menyerlah tapi merupakan satu pelaburan bijak kerana ia seperti cincin berlian yang bermutu tinggi dan harga sepasang sut yang bagus buatannya amat berkualiti. Jadi tidak rugi anda membeli sepasang sut yang mahal tetapi berkualiti untuk digayakan dalam jangka masa yang panjang berbanding membeli sut murah tetapi cepat rosak dan lusuh. Ikuti tips dibawah:

Jenama
Pilihan sut mengikut kerjayadan kemampuan. Sut rekaan jenama terkenalseperti Versace, Giorgio Armani, Prada, DKNY biasanya meletakkan harga yang agak tinggi tetapi kualiti pembuatan, potongan dan fabriknya tidak tidak dinafikan memang tiada tolok bandingannya. Jadi, jika anda mampu apa salahnya  melabur dengan jenama-jenama ini.
 

 

 

 Hitam
Hitam merupakan warna yang sungguh istimewa kerana ia mampu menyuntik satu kuasa yang amat serius tapi pada masa yang sama nampak anggun. Dipadankan dengan apa jua pakaian dalamnya, sut hitam pasti menyerlahkan satu gaya yang memberi kekuatan dan kuasa.

Biru Tua
Warna yang mudah disuai padankan dan nampak paling bergaya jika ianya sut seluar. Pilih aksesori yang kreatif dan suntik sedikit ilham seni yang tersndiri pada pakaian ini untuk mengelakkan anda tampil seperti berpakaian seragam

Coklat
Menampilkan gaya menawan dan seringnya nampak tenang dan memberikan gambaran anda berada dalam keselesaan. Ia mempamerkan satu gaya yang cukup kuat tapi ada feminiti. Menariknya coklat nampak mewah dan mahal walaupun pada fabric murah sementara sut coklat yang diperbuat dari fabric cita dan linen menghasilkan satu gaya kreatif.

Camel
Satu warna unggul yang mudah disuaikan dengan himpunan pakaian lain terutama yang berwarna neutral untuk  memberikan gaya yang berbeza=beza dan sentiasa menyeronokkan.

Merah
Warna yang menarik terutama sut tersebut diperbuat daripada fabric bulu gabardine atau crepew untuk digayakan disiang hari dan fabric satin untuk sebelah malam. Tapi anda perlu berhati-hati kerana nada merah yang dipilih menentukan sama ada gaya anda menjadi atau sebaliknya. Sebagai panduan, pilih nada sedikit pucat daripada tomato atau hunting red gelap. Tentu anda tidak mahu menjadi tumpuan hanya kerana sut anda berwarna ‘red chili’.