Make your own free website on Tripod.com

 

  

Penampilan Elegan
Tips Bergaya
Tips bagi Lelaki
 

 

 
 
Style.com
Laman Utama
Moden
Tradisional
Maklumbalas
Kontemporari

Tips berpakaian untuk lelaki Tips berpakaian untuk wanita |
 

Keterampilan diri seiring dengan tuntutan semasa, lelaki hari ini dilihat mula memberikan perhatian terhadap aspek penampilan diri walau dimana mereka berada. Berpakaian kini tidak lagi hanya menutup tubuh tetapi juga menjadi lambing atau symbol statusseseorang individu. Sebab itulah, jika diperhatikan aliran fesyen tempatan, fesyen lelaki juga turut berubah dari semasa ke semasa.

Cara berpakaian menterjemahkan imej, symbol dan status dan kamu perlu  berhati-hati dalam soal berpakain  agar tidak kelihatan janggal dan canggung. Untuk itu adalah penting kamu perlu sentiasa tampil elegen dan presentable. Tidak tahu bagaimanakah caranya? Semak beberapa tips di bawah dan pastikan kamu bijak mengenali kelebihan dan kekurangan bentuk badan kamu untuk mengetahui samada sesuai atau tidak dengan penampilan dan diri  kamu.  Yang paling  penting kamu tidak tersalah pilih pakaian.

 Pakaian ke tempat kerja

Sebelum mengenakan pakaian ke tempat kerja kamu seharusnya  mengambil kira apakah jenis pekerjaan kamu, jawatan kamu, aksesori yang sesuai dan sebagainya

bullet

 Jenis Pekerjaan
Jika kamu bekerja di sector perbankan atau agen insurans, sebaiknya kamu perlu menjadikan blazer sebagai pakaian harian kerana kamu akan kelihatan lebih berkeyakinan. Sebaliknya jika kamu bekerja sebagai wartawan, pegawai jualan iklan ataupun bekerja  di syarikat penerbitan filem, cukup sekadar dengan tampil ‘smart kasual sahaja’.

bullet

Jawatan
Jawatan yang dijawat oleh seseorang juga menjadi pengukur pakaian yang perlu dipakai semasa ke pejabat agar ia seiring dengan tanggungjawab yang diberikan.  Sekiranya berjawatan tinggi, seeloknya kamu sentiasa tampil kemas lengkap bertali leher dan blazer

.
 

 

 

 
   

 

 

 

 

 

 

Keperluan Lelaki
Menurut pereka fesyen, Patrick Robinson, antara tips yang boleh kamu jadikan panduan dalam berfesyen , sebaiknya pastikan kamu memiliki kemeja atau kemeja T dari warna-warna lembut dan seluar panjang dari warna gelap sama ada  berpotongan lipatan di bahagian hadapan ataupun polos. Sementara itu, bagi lelaki yang bekerja di pejabat yang berhawa dingin, pastikan kamu memiliki jaket untuk menghangatkan tubuh. Dan lengkapkan dengan aksesori lain seperti tali leher, jam tangan, tali pinggang dan sebagainya.

 Tampil Lebih Yakin
Dalam berpakaian, kaum lelaki seharusnya tahu apakah pakaian dan gaya pilihan kamu. Ia kerana gaya pilihan tersendiri dapat membantu kamu berasa selesa dengan gaya tersebut. Secara tidak langsung ia akan membuatkan anda sebagai seorang lelaki dapat tampil dengan lebih yakin. Selain itu, kamu juga seharusnya tahu seba sedikit tentang jenis-jenis bahan untuk menghasilkan pakaian tersebut bagi memudahkan kamu menyesuaikannyadengan acara yang bakal kamu hadiri. Misalnya kamu perlu tahu pakaian diperbuat daripada bahan yang berasaskan bulu juga sesuai digayakan oleh lelaki. Manakala pakaian daripada bahan yang tidak kusut pula selalunya menjadi pilihan lelaki kerana apabila ia sesuai untuk digayakan sewaktu ‘out-station’. Pakaian yang diperbuat daripada bahan kapas pulalebih lembut, dingin dan selesa dipakai. Sekiranya anda lebih banyak menghadiri acara formal, lebih baik kamu memilih kemeja daripada bahan kapas. Sementara itu, pakaian yang di datangkan dari bahan ‘polyester’ sudah banyak dipasaran yang terdiri daripada pelbagai jenis. Secara  umumnya pakaian dari bahan ‘polyester’ boleh membuatkan kamu tampak lebih seksi.

 

 

 
 

Penggayaan Tudung

 
 

Tips Berpakaian

 
 

Petua

 
 

Ingin bergaya dengan pakaian pejabat? Mari kita dapatkan tip terlebih dahulu. Mungkin ia berguna dan dapat membantu anda menyerlahkan penampilan.

 

Info

Pemilihan Jenama
A
pakah kamu mementingkan gaya dalam penampilan? Setiap individu sudah tentu memiliki citarasa tersendiri dalam soal berpakaian. Ada yang gemar memilih baju mahal serta berjenama dan  tidak kurang juga yang gemarkan baju-baju ‘bundle’!  Apa pun gaya pilihanmu tidak penting sebab yang paling utama adalah kamu bijak menyesuaikan pilihan gaya dengan majlis yang ingin kamu hadiriagar kelihatan ‘up to date’, ‘trendy’ dan ‘fashionable’.
Seed, SUB, Padini, Giordano, Guess, Freggo adalah diantara jenama pakaian pakaian yang sering mendapat tempat di hati lelaki untuk diperagakan. Sebenarnya jika kamu ingin penampilan yang lebih bergaya, ianya tidak bergantung kepada kepada cara berfesyen, jenama ataupun harganya. Sebaliknya ia terletak kepada cara kamu suai padankan baju, seluar, kasut dan aksesori