Make your own free website on Tripod.com

 

  

 

 

 
 
Style.com
Laman Utama
Moden
Tradisional
Maklumbalas
Kontemporari
Wanita
 

Baju kurung tanpa pesak merupakan baju tradisional masyarakat melayu di pahang tetapi kini ramai yang telah memilih jenis pemakaian gaya ini. Dengan corak kekotak berasaskan coklat dan kain plan, si pemakai nampak anggun. Boleh disuai padankan dengan selendang dari warna yang agak gelap.sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis tertentu dan boleh juga dipakai untuk ke pejabat.

fesyen wanita  |  fesyen lelaki  |fesyen kanak-kanak|

 
   

 

 

 

 

 

 

 

Baju kebaya moden dengan sulaman di tepi dan bahagian bawah tampak lebih menarik. Daripada kaian satin plan yang berwarna coklat keemasan menyerlahkan lagi keayuan si kulit putih.

 
 

Penggayaan Tudung

 
 

Tips Berpakaian

 
 

Petua

 
 

Info

 

Cheongsam adalah pakaian tradisi bagi kaum wanita berbangsa cina. Warna keemasan dengan kombinasi corak bunga kecil menyerlahkan keayuan . Cheongsam paras lutut ini sesuai untuk wanita muda. Sesuai digayakan pada hari perayaan.  

Cheongsam labuh tanpa lengan dari  warna biru dengan kombinasi bebunga kecil.

Baju kurung yang diubah sedikit gaya lengannya. warna biru sesuai dengan mood anda. Gaya yang sopan ini sesuai untuk majlis rasmi, ke pejabat atau menziarahi rakan-rakan anda. 

Kebaya pendek merupakan salah satu pakaian tradisi wanita yang berbangsa melayu. Kini, kebaya pendek juga telah mula menarik perhatian bangsa lain untuk dipadankan ke pejabat, ke majlis-majlis terentu dan sebagainya. 

Sari merupakan pakaian tradisional masyarakat india. Mempunyai pelbagai corak yang yang kebanyakannya bermotifkan bunga dan plan tanpa corak. Sari juga biasanya digunakan untuk ke majlis-majlis tertentu dan kebiasaannya dipakai pada hari perayaan.

Bagi yang memakai tudung, baju kurung amat sesuai dengan penampilanmu. Baju beraskan warna oren yang ceria sesuai bagi si kulit cerah. Tudung plan dari warna yang sama digunakan untuk nampak sedondon.