Make your own free website on Tripod.com

 

  

   
Wanita
 
fesyen wanita fesyen lelaki  fesyen kanak-kanak  |

 
 

 

 

 

Gaya ‘east meets west’ dengan padanan seluar denim berpoket di kiri kanan dan blaus merah berbutang Cina. Penggayaan tudung yang ringkas tampak lebih manis buat si pemakai dengan padanan warna yang sekata bagi tudung dan blaus.

 

 

 

 

 

Imej nakal dengan blaus berkolar sampan yang sengaja ditarik ke sisi bahu. Seluar denim berpoket besar meminjam gaya remaja ‘rappers’. Gaya ini sesuai bagi wanita yang lasak dan 'sporty'.

Bagi wanita bertudung, amat sesuai dengan gaya ringkas dengan blaus berwarna merah hati. dipadankan dengan tudung plan berwarna pink .

Bergaya sederhana dengan pilihan seluar yang tidak begitu banyak poket dan zip. Baju pula santai, selesa dan pastikan gandingannya baju berlengan panjang.Ia akan menyerikan wajah si pemakai dengan gandingan tudung yang sama warna dengan seluar. Sesuai untuk gadis yang bertubuh sederhana.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi wanita yang ingin tampak elegan, baju blaus seperti diatas boleh digayakan untuk bersantai ataupun boleh juga dipakai ketika ke pejabat. Blaus di atas boleh disesuaikan dengan skirt ataupun seluar.

 
Kontemporari
Style.com
Laman Utama
Maklumbalas
Moden
Tradisional
Penggayaan tudung
 
  Tips Berpakaian  
  Petua  
Info

 

 
 

 

 

 

 

Gaya berani dengan warna  yang ceria menambahkan keanggunan si pemakai. Elemen 'loiilypop' , dengan warna-warna cerah mwarnai trend fesyen terkini. Susuk tubuh yang langsing tambah menarik apabila dibaluti dengan bahan sifon yang ringan.
 

 

Untuk sentuhan moden, gaya si pemakai tampak lebih berani. Pakaian ini sesuai untuk bersantai bersama dengan rakan-rakan. Bagi anda yang inginkan kelainan, usah malu mencuba, pastikan anda kelihatan paling manis di antara rakan-rakan anda.

 

 

Dress kombinasi warna ceria biru dan ungu mempunyai gaya tersendiri yang agak berlainan dengan penampilan yang santai. Gaya penampilan yang anggun amat sesuai untuk ke majlis-majlis atau ke parti

 

 

Gaya santai dengan seluar rona hijau berjalur dan dipadankan dengan blaus kombinasi hijau kuning yang lebih cerah. Penampilan yang ceria, santai dan sesuai bagi anda ingin nampak lebih 'simple' tetapi 'up to date'.

 

 

Warna yang disukai kebanyakan kaum perempuan, long sleve berwarna pink yang mengikut bentuk badan dengan padanan skirt hitam paras lutut tampak manis bagi si gadis. Kontras warna yang dipadankan menawan dan menarikperhatian si jejaka yang memandangmu.