Make your own free website on Tripod.com

 

  

INGIN KULIT SIHAT??

PETUA
 

 

 
 
Style.com
Laman Utama
Moden
Tradisional
Maklumbalas
Kontemporari

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

Penggayaan Tudung

 
 

Tips Berpakaian

 
 

Petua

Kenali jenis-jenis makanan yang berpotensi untuk memperbaiki keadaan kulitagar lebih sihat dan kelembapannya terpelihara. 

VITAMIN A
Sumber vitamin ini boleh diperolehi daripada lobak, kentang manis, brokoli, bayam. kangkung dan sayuran hijau yang lain. Selain itu, vitamin A juga berfungsi mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit.

VITAMIN E
Vitamin E berfungsi mengekallan ketegangan pada kulit malah jerawat juga boleh berkurangan. Sekarang kamu tidak perlu risau lagi, makanan yang berunsurkan kekacang seperti ‘hazelnut’ dan kacang ‘almond’ sebagai makanan ringan tidak akan membuatkan jerawat tumbuh diwajah.

 IKAN
Ikan sebenarnya mengandungi minyak yang dapat menjaga kelembapan kulit. Oleh itu, lebihkan pengambilan makanan yang mempunyai proteinyang tinggi agar kesihatan kulit tetap terpelihara.

 RUMPUT LAUT
Ia terbukti banyak mengandungi Omega 3yang dapat menjaga kesihatan kulit. Dinasihatkan agar menjadikan ia sebagai makanan tambahan diwaktu pagi sebagai sarapan. Untuk memperolehnya, kamu boleh mendapatkan rumput laut yang telah dikeringkan di mana-mana pusat membeli belah.

 

 




 

 
 

Info

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

KHASIAT PISANG

Sebenarnya pisang mempunyai banyak keistimewaan. Contohnya masker pisang boleh mencegah bertambahnya kedutan pada wajah kamu. Selain memberikan gizi yang bermanfaat pada kulit, pisang juga ternyata mampu menahan kadar dalam sel kulit sehingga ketagangan kulit tetap terjaga. Selain itu, kandungan Vitamin C nya juga boleh menghilangkan sel kulit mati nampak wajah nampak lenih ceria.

MASALAH BIBIR LEBAM??
Warna bibir yang gelap dan hitam akan membuatkanwajah kelihatan tidak bermaya. Banyak factor yang menyebaakan bibir ,menjadi hitam dan gelap, antaranya sinaran UV, terlalu banyak merokok dan tabiat diet yang tidak sihat. Mengenakan ‘lip balm’ sebelum mengaplikasikan lipstick adalah penting untuk menjaga kelembapan bibir. Ini kerana bibir yang hitam dan gelap akan mudah kering dan tampak lebih kusam jika tidak dijaga.

MENGHILANGKAN KESAN LIPSTICK
Terkena calitan lipstik pada pakaian anda? Jangan risau, anda hanya perlu meletakkan sedikit bedak pada tempat yang terkena liptik tersebut, biarkan seketika, kemudian basuh dengan sabun. Pasti anda berpuashati dengan hasilnya. Kesan lipstick akan hilang selepas dibasuh.

MENGELAKKAN PAKAIAN BERKEDUT
Bagi anda yang mempunyai pakaian dari fabrik yang cepat berkedut dan sukar digosok, kami ada cara untuk atasinya.
Warna bibir yang gelap dan hitam akan membuatkanwajah kelihatan tidak bermaya. Banyak factor yang menyebaakan bibir ,menjadi hitam dan gelap, antaranya sinaran UV, terlalu banyak merokok dan tabiat diet yang tidak sihat. Mengenakan ‘lip balm’ sebelum mengaplikasikan lipstick adalah penting untuk menjaga kelembapan bibir. Ini kerana bibir yang hitam dan gelap akan mudah kering dan tampak lebih kusam jika tidak dijaga.aimana untuk memudahkan proses menggosok baju. Selepas membasuh pakaian, ketika menjemurnya, anda hanya perlu melurut sedikit pakaian tersebut dari tengah ke tepid an mengibas-ngibas sedikit pakaian tersebut. Hasilnya, apabila baju tersebut kering, ia tidaklah terlalu berkedut dan ia memudahkan anda menggosok pakaian tersebut. Selamat Mencuba!!

MENGHARUMKAN PAKAIAN
Ketika menngosok pakaian, pastikan anda menggunakan penyembur pakaian agar baju mudah dirapikan. Letakkan beberapa titis minyak wangi atau sedikit pewangi baju (softlan) untuk mendapatkan aroma dan mood yang baik. Hasilnya kesemua baju anda lebih selesa dipakai dan menjimatkan penggunaan minyak wangi yang banyak.

MENGHALUSKAN KULIT MUKA
Setiap wanita begitu teliti menjaga kecantikan wajah. Satu cara mudah untuk mendapatkan kulit yang cantik ialah dengan menggunakan buah tomato. Caranya, ambil sebahagian daripada sebiji tomato dan sapukan keseluruh muka, biarkan kering beberapa minit. Kemudian cuci muka dengan air bersih dan keringkan. Ulang 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang baik.

MENGHILANGKAN BULU ROMA
Bagi anda yang tidak mahu mencukur atau menggunakan krim penanggal bulu roma, anda boleh mencuba petua ini. Sediakan 2 sudu besar air limau nipis, campurkan dengan sedikit gula pasir, kacau hingga sebati. Setelah itu, sapukan pada bahagian badan yang ditumbuhi bulu roma, biarkan kering selama setengah jam sebelum dicuci. Lakukan sekali sehari.