Make your own free website on Tripod.com

 

  

Lelaki
 

 

 
 
Style.com
Laman Utama
Moden
Tradisional
Maklumbalas
Kontemporari

Baju melayu ala raihan merupakan kemeja berbutang sederetdengan selendang dibahu. Baju putih ini menampakkan diri anda lebih kemas. Boleh disesuaikan dengan seluar untuk ke majlis agama ataupun boleh digayakan dengan kain pelekat untuk ke masjid.

Baju Melayu Teluk Belanga merupakan baju tradisi bagi kaum lelaki melayu. Pada masa kini, ia bukan sahaja dipakai oleh bangsa melayu tetapi, bangsa lain seperti cina dab india juga turut menggayakannya dihari perayaan.Pakaian Melayu Johor “Teluk Belanga’ sudah dikenali sejak awal abad yang ke-18. Penampilan awalnya dikenal pasti sejak wujudnya pemerintahan Melayu di Teluk Belanga. Baju melayu sesuai dipakai dimajlis keagamaan, hari perayaan dan untuk ke masjid.

fesyen wanita  |  fesyen lelaki  |fesyen kanak - kanak|

Baju Melayu cekak musang merupakan pakaian tradisi melayu yang paling banyak menjadi pilihan kaum lelaki. baju ini nampak lebih kemas apabila disisipkan keseluruhan butang dibahagian leher. Warna hijau untuk mood yang baik.

 

 
   

 

 

 

 

 

 

 

 
 

Penggayaan Tudung

 
 

Tips Berpakaian

 
 

Petua

 
 

Info

 
 

Baju melayu biru berleher teluk belanga ini merupakan gaya ringkas untuk tampul dengan selesa. Boleh dipadankan dengan seluar yang mempunyai warna sekata dengan baju ataupun dengan kain pelekat.

Baju Melayu berleher teluk belanga dengan kain pelekat kekotak sesuai untuk bersantai dirumah. Gaya ini bersahaja tetapi anda akan nampak tampan dan istimewa terutama bagi lelaki yang sudah berumah tangga. Boleh juga disuai padankan dengan seluar yang lebih gelap.

 

Pakaian lengkap bagi baju melayu teluk belanga. Bangsa melayu selalunya lengkap bersamping dan bersongkok pada hari perayaan yang besar.

 

Sam Foo merupakan pakaian tradisional bagi kaum cina. Mempunyai butang sederet di bahagaian hadapan. Merah pula merupakan warna rasmi bangsa tersebut. Pakaian ini sersuai dipadankan dengan seluar yang sama warna dan selalunya digayakan pada hari perayaan

Mm..nampak klasik dengan corak batik yang abstrak. Kombinasi dua warna kontras ini memberikan ilham menarik dalam gaya semasa. Biarpun tiada warna semarak cinta, namun penampilan nampak klasik dan bergaya. Walaupun tampil ringkas  namun penampilan tetap menyerlah dan bergaya.

Pakain Batik selalunya menjadi apakaian tradisi bagi kaum lelaki yang bukan islam. Bergaya dengan koleksi batik membuatkan lelaki tampak lebih kacak dan bergaya. Kombinasi warna biru gelap dan cerah membuatkan mata senang memandang. Pakaian batik sesuai untuk apa jua keadaan sama ada untuk majlis rasmi atau tidak.