| |

 


     
 |
|
Gaya kontemporeri
sudah mula dikenali dan menarik ramai pengemar fesyen daripada memilikinya.
Keunikannya terserlah dengan kombinasi konsep moden dan tradisional dan
dengan corak yang unik dan menarik. Kini, pelbagai pakaian jenis
kontemporari boleh didapati
daripada pelbagai fabrik, corak dan warna-warna menarik yang sudah pasti
menjadi pilihan ramai.Perincian
yang indah dengan rekaan yang unggul menampilkan gaya kontemporari dan
eksklusif. Keindahan ciptaan ini membuatkan ramai penggemar fesyen tertarik
dengan konsep kontemporari ini.
|
|
Dunia
fesyen berkembang dengan menyaksikan perubahan citarasa kaum wanita pada
masa kini dan ia memainkan peranan penting dalam masyarakat. Menurut pakar
gaya dan motivasi antarabangsa RobertPante, pakaian telah terbukti memainkan
peranan besar dalam memberikan imej atau gambaran positif mengikut bidang
kerjaya. Beliau juga berpendapat, kejayaan wanita bersaing dalam dunia
kerjaya mencabar telah banyak dibantu oleh penampilan dan cara mereka
berpakaian serta menyelaraskan gaya dengan tugas terentu.
|
   |
|